3 Jika engkau sudah tua, engkau boleh bercakap, kerana hal itu hakmu. Tetapi kamu hendaklah bercakap seperti orang yang berpengetahuan dan jangan ganggu muzik.
4 Jangan bercakap sementara hiburan berlangsung; saat itu tidak tepat untuk menunjukkan kebijaksanaanmu.
5 Seperti batu delima dalam bingkai emas, begitulah muzik pada pesta wain.
6 Muzik yang dinikmati bersama dengan wain manis seperti batu zamrud dalam bingkai emas.
7 Jika engkau masih muda, bercakaplah seperlunya sahaja, tidak lebih daripada dua kali, dan hanya kalau ditanya.
8 Percakapanmu hendaknya singkat dan tepat. Jadilah orang yang tahu banyak tetapi berdiam diri.
9 Di hadapan orang terkemuka, jangan berbuat seolah-olah engkau setara dengan mereka, dan jangan terus berborak kalau orang lain sedang bercakap.