11 Jangan cuba menyuap Tuhan, oleh sebab Dia tidak akan menerimanya. Jangan pula bersandar kepada persembahan yang tidak halal,
12 kerana Tuhan itu hakim, dan Dia tidak berat sebelah.
13 Dia tidak berat sebelah dalam perkara orang miskin, tetapi mendengar doa orang yang diperlakukan dengan tidak adil.
14 Dia tidak mengabaikan doa yatim piatu atau balu yang mencurahkan isi hati.
15 Air mata meleleh di pipi seorang balu yang berteriak mempersalahkan orang yang membuat dia menangis.
16 Tuhan memperkenankan orang yang berkhidmat kepada-Nya dan doa mereka naik sampai ke langit.
17 Doa orang miskin menembus awan, dan mereka tidak terhibur sebelum doa mereka sampai kepada Tuhan.