21 Gerombolan orang yang bongkak akan ditumpas, dan kekuasaan orang jahat akan ditumbangkan.
22 Setiap orang akan dibalas setimpal dengan perbuatan dan rancangannya.
23 Tuhan akan membela umat-Nya, dan mereka akan bergembira kerana belas kasihan-Nya.
24 Tepatlah datangnya belas kasihan Tuhan di tengah kesusahan, seperti hujan yang turun pada musim kemarau.