8 Bawalah setiap persembahanmu dengan muka yang gembira dan serahkanlah korban persepuluhanmu dengan hati yang riang.
9 Berilah Yang Maha Tinggi pemberian yang sepadan dengan pemberian-Nya kepadamu; berikanlah pemberian dengan murah hati dan menurut kemampuanmu.
10 Berbuatlah demikian oleh sebab Tuhanlah yang memberi ganjaran; Dia akan membalas engkau sampai tujuh kali ganda.
11 Jangan cuba menyuap Tuhan, oleh sebab Dia tidak akan menerimanya. Jangan pula bersandar kepada persembahan yang tidak halal,
12 kerana Tuhan itu hakim, dan Dia tidak berat sebelah.
13 Dia tidak berat sebelah dalam perkara orang miskin, tetapi mendengar doa orang yang diperlakukan dengan tidak adil.
14 Dia tidak mengabaikan doa yatim piatu atau balu yang mencurahkan isi hati.