1 Setiap orang dapat mengaku diri kawan, tetapi ada kawan yang namanya sahaja kawan.
2 Apabila seorang kawan menjadi lawan, dia mendatangkan kesedihan seperti maut.
3 Celakalah fikiran jahat! Dari mana asalnya, sehingga dapat memenuhi bumi ini dengan penipuan?
4 Ada orang yang ikut menikmati kesenangan kawannya. Tetapi waktu kawan itu susah, dia menjadi lawan.
5 Ada orang yang menolong kawannya apabila mendapat keuntungan daripadanya, tetapi waktu menghadapi pertempuran, dia hanya melindungi dirinya.
6 Jangan lupakan seorang kawan sejati, jangan lupa akan dia di tengah kekayaanmu.
7 Setiap penasihat menawarkan nasihatnya, tetapi ada yang memberi nasihat demi keuntungan sendiri.