13 Percayalah kepada suara batinmu, oleh sebab tidak ada yang lebih setia kepadamu daripada hatimu sendiri.
14 Kadang-kadang hati orang lebih baik dalam memberi keterangan daripada tujuh orang pengawal di menara yang tinggi.
15 Tetapi terutama, berdoalah kepada Yang Maha Tinggi agar Dia membimbing engkau untuk mengambil tindakan yang tepat.
16 Berfikirlah sebelum bertindak dan rancanglah sebelum melakukan sesuatu.
17-18 Akal tertumpu kepada empat perkara: baik dan jahat, hidup dan mati. Tetapi kuasa mutlak ada pada lidah.
19 Boleh jadi seorang pandai mengajar banyak orang, tetapi tidak berguna bagi dirinya sendiri.
20 Boleh jadi dia pandai berkata-kata, tetapi mati kelaparan kerana dibenci orang.