19 Boleh jadi seorang pandai mengajar banyak orang, tetapi tidak berguna bagi dirinya sendiri.
20 Boleh jadi dia pandai berkata-kata, tetapi mati kelaparan kerana dibenci orang.
21 Hal itu demikian kerana dia tidak mempunyai kebijaksanaan, maka Tuhan tidak memberi anugerah kepadanya.
22 Ada orang yang bijaksana untuk dirinya sendiri dan berkata bahawa hasil pengetahuannya dapat dipercayai.
23 Seorang yang bijaksana menjadi guru bagi bangsanya, dan hasil pengetahuannya benar-benar dapat dipercayai.
24 Seorang bijaksana sangat dipuji, dan semua orang yang melihatnya menyatakan dia bahagia.
25 Hidup manusia hanya sebentar sahaja, sedangkan umur bangsa Israel tidak dapat dihitung.