26 Seorang bijaksana mendapat kepercayaan bangsanya, dan dia akan diingat untuk selama-lamanya.
27 Anakku, selama hidupmu periksalah dirimu dan perhatikanlah apa yang buruk bagimu, lalu jangan biarkan berterusan.
28 Tidak semuanya sesuai untuk setiap orang, dan tidak setiap orang dapat menikmati segala-galanya.
29 Janganlah dengan tidak puas-puasnya menginginkan kenikmatan apa pun, dan jangan rakus akan makanan.
30 Orang yang makan terlalu banyak menjadi sakit, dan orang yang rakus akan sakit perut.
31 Banyak orang telah menemui ajal kerana rakus. Hindarilah hal itu, maka engkau dapat hidup lebih lama.