7 Setiap penasihat menawarkan nasihatnya, tetapi ada yang memberi nasihat demi keuntungan sendiri.
8 Berhati-hatilah terhadap seorang penasihat. Selidikilah dahulu apa kepentingannya dalam perkara itu, oleh sebab dia juga memikirkan kepentingannya sendiri. Jangan-jangan dia mempermainkan engkau
9 dan berkata bahawa semuanya baik bagimu, lalu menunggu untuk melihat apa yang akan terjadi dengan engkau.
10 Jangan minta nasihat daripada orang yang mencurigai engkau, dan sembunyikanlah rancanganmu daripada orang yang iri hati terhadap engkau.
11 Jangan berunding dengan seorang wanita tentang saingannya;dengan seorang penakut tentang perang;dengan seorang pedagang tentang tawaran;dengan seorang pembeli tentang jualan;dengan seorang yang iri hati tentang terima kasih;dengan seorang yang kejam tentang kebaikan;dengan seorang pemalas tentang pekerjaan;dengan seorang buruh bermusim tentang menyelesaikan tugas;dengan seorang hamba yang malas tentang banyak pekerjaan.Jangan perhatikan nasihat apa pun yang diberikan oleh mereka.
12 Sebaliknya perhatikanlah selalu orang yang bertakwa yang kauketahui melakukan perintah-perintah Tuhan, yang sehati dengan engkau dan berasa sedih apabila engkau gagal.
13 Percayalah kepada suara batinmu, oleh sebab tidak ada yang lebih setia kepadamu daripada hatimu sendiri.