1 Tetapi lain halnya tentang seorang yang dengan tekun dan rajin mempelajari hukum Allah Yang Maha Tinggi. Dia menyelidik kebijaksanaan orang pada zaman dahulu dan sibuk mendalami nubuat-nubuat.
2 Dia menghafalkan ajaran orang terkenal dan menyelami selok-belok perumpamaan.
3 Dia menyelidik erti yang tersembunyi dalam peribahasa dan dapat menghuraikan bahagian-bahagian yang sukar dalam perumpamaan.
4 Dia berkhidmat di kalangan orang terkemuka dan tampil di hadapan para penguasa. Dia menjelajah negeri-negeri asing kerana ingin tahu apa yang baik dan yang jahat untuk manusia.
5 Dia bangun pagi-pagi dan berdoa kepada Tuhan Penciptanya. Dengan suara lantang dia berdoa kepada Yang Maha Tinggi supaya mengampunkan dosa-dosanya.