3 Dia menyelidik erti yang tersembunyi dalam peribahasa dan dapat menghuraikan bahagian-bahagian yang sukar dalam perumpamaan.
4 Dia berkhidmat di kalangan orang terkemuka dan tampil di hadapan para penguasa. Dia menjelajah negeri-negeri asing kerana ingin tahu apa yang baik dan yang jahat untuk manusia.
5 Dia bangun pagi-pagi dan berdoa kepada Tuhan Penciptanya. Dengan suara lantang dia berdoa kepada Yang Maha Tinggi supaya mengampunkan dosa-dosanya.
6 Kalau diperkenan Tuhan yang agung, dia akan dipenuhi dengan pengertian. Kata-kata bijaksana mengalir dari mulutnya dan dia bersyukur kepada Tuhan dalam doa.
7 Dia akan mempunyai pengetahuan dan penilaian yang tepat, dan memikirkan rahsia-rahsia Tuhan.
8 Dia menunjukkan ajaran yang telah diberikan kepadanya, dan kebanggaannya ialah Taurat dan perjanjian Tuhan.
9 Pengertiannya akan dipuji oleh banyak orang, dan dia tidak akan dilupakan oleh sebab namanya diingat turun-temurun.