1 Anakku, jangan sebabkan orang miskin kehilangan nafkah dan jangan biarkan orang yang kekurangan terus berharap.
2 Jangan sakiti hati orang yang kelaparan dan jangan sesalkan hati orang yang kekurangan.
3 Orang yang sudah marah jangan lagi kautambah kesukaran mereka. Jangan menunda-nundakan waktu memberi sedekah kepada orang yang kekurangan.
4-5 Tolonglah orang yang sedang kesusahan, dan jangan tolak permintaan orang miskin atau memberi mereka alasan untuk mengutuk engkau.
6 Hal itu demikian kerana kalau dalam kesusahan hati mereka mengutuk engkau, Pencipta mereka akan mendengar permohonan mereka itu.