12 Orang yang mencintai kebijaksanaan mencintai kehidupan. Barang siapa bangun pagi-pagi untuk mencarinya akan penuh sukacita.
13 Orang yang memiliki kebijaksanaan akan diluhurkan dan diberkati Tuhan ke mana sahaja mereka pergi.
14 Orang yang berbakti kepada kebijaksanaan, berbakti kepada Allah Yang Suci, dan orang yang mencintai kebijaksanaan, dikasihi Tuhan.
15 Barang siapa mendengarkannya akan mengadili orang yang tidak bertuhan, dan barang siapa memperhatikannya akan hidup dengan tenteram.
16 Percayalah kepada kebijaksanaan, maka engkau akan memilikinya dan mewariskannya kepada keturunanmu.
17 Mula-mula kebijaksanaan menuntun engkau melalui jalan yang berliku-liku sehingga engkau takut dan gentar. Engkau diajarnya dengan seksaan, dan diuji dengan peraturan-peraturannya sehingga engkau dipercayainya.
18 Lalu tanpa menunda-nunda lagi kebijaksanaan itu datang kepadamu. Semua rahsianya dinyatakannya kepadamu dan engkau digembirakannya.