15 Barang siapa mendengarkannya akan mengadili orang yang tidak bertuhan, dan barang siapa memperhatikannya akan hidup dengan tenteram.
16 Percayalah kepada kebijaksanaan, maka engkau akan memilikinya dan mewariskannya kepada keturunanmu.
17 Mula-mula kebijaksanaan menuntun engkau melalui jalan yang berliku-liku sehingga engkau takut dan gentar. Engkau diajarnya dengan seksaan, dan diuji dengan peraturan-peraturannya sehingga engkau dipercayainya.
18 Lalu tanpa menunda-nunda lagi kebijaksanaan itu datang kepadamu. Semua rahsianya dinyatakannya kepadamu dan engkau digembirakannya.
19 Tetapi jika engkau menyimpang daripadanya, engkau akan ditinggalkannya dan dibiarkan binasa.
20 Gunakanlah kesempatan yang baik, tetapi jagalah dirimu terhadap kejahatan dan jangan mendatangkan malu kepada dirimu.
21 Hal itu demikian kerana ada rasa malu yang mendatangkan dosa, dan ada pula rasa malu yang patut dihargai dan dipuji.