2 Jangan sakiti hati orang yang kelaparan dan jangan sesalkan hati orang yang kekurangan.
3 Orang yang sudah marah jangan lagi kautambah kesukaran mereka. Jangan menunda-nundakan waktu memberi sedekah kepada orang yang kekurangan.
4-5 Tolonglah orang yang sedang kesusahan, dan jangan tolak permintaan orang miskin atau memberi mereka alasan untuk mengutuk engkau.
6 Hal itu demikian kerana kalau dalam kesusahan hati mereka mengutuk engkau, Pencipta mereka akan mendengar permohonan mereka itu.
7 Berusahalah supaya engkau disukai umat, dan tunduklah kepada orang yang berkuasa.
8 Dengarkanlah kata-kata orang miskin dan jawablah mereka dengan ramah dan lembut.
9 Selamatkanlah orang yang tertindas daripada tangan penindas mereka dan jangan takut menjalankan keadilan.