20 Gunakanlah kesempatan yang baik, tetapi jagalah dirimu terhadap kejahatan dan jangan mendatangkan malu kepada dirimu.
21 Hal itu demikian kerana ada rasa malu yang mendatangkan dosa, dan ada pula rasa malu yang patut dihargai dan dipuji.
22 Jangan memihak kepada orang sehingga engkau sendiri rugi, dan jangan mengalah dengan akibat engkau sendiri celaka.
23 Jangan ragu-ragu untuk bercakap kalau perlu.
24 Pertuturanmu menyatakan kebijaksanaan dan pendidikanmu.
25 Jangan lawan kebenaran, tetapi hendaklah engkau malu kerana kebodohanmu.
26 Jangan malu mengakui dosa-dosamu; arus sungai tidak dapat dilawan.