23 Jangan ragu-ragu untuk bercakap kalau perlu.
24 Pertuturanmu menyatakan kebijaksanaan dan pendidikanmu.
25 Jangan lawan kebenaran, tetapi hendaklah engkau malu kerana kebodohanmu.
26 Jangan malu mengakui dosa-dosamu; arus sungai tidak dapat dilawan.
27 Jangan biarkan dirimu dikuasai oleh orang bodoh dan jangan pula memihak kepada orang berkuasa.
28 Berjuanglah mati-matian untuk membela yang benar, maka engkau akan dibela Tuhan Allah.
29 Jangan berani dalam percakapanmu, sedangkan malas dan lalai dalam perbuatanmu.