3 Orang yang sudah marah jangan lagi kautambah kesukaran mereka. Jangan menunda-nundakan waktu memberi sedekah kepada orang yang kekurangan.
4-5 Tolonglah orang yang sedang kesusahan, dan jangan tolak permintaan orang miskin atau memberi mereka alasan untuk mengutuk engkau.
6 Hal itu demikian kerana kalau dalam kesusahan hati mereka mengutuk engkau, Pencipta mereka akan mendengar permohonan mereka itu.
7 Berusahalah supaya engkau disukai umat, dan tunduklah kepada orang yang berkuasa.
8 Dengarkanlah kata-kata orang miskin dan jawablah mereka dengan ramah dan lembut.
9 Selamatkanlah orang yang tertindas daripada tangan penindas mereka dan jangan takut menjalankan keadilan.
10 Jadilah seperti seorang bapa bagi yatim piatu dan bantulah para balu. Maka engkau akan menjadi seperti anak Tuhan Yang Maha Tinggi, dan dikasihi oleh-Nya lebih daripada ibumu.