7 Berusahalah supaya engkau disukai umat, dan tunduklah kepada orang yang berkuasa.
8 Dengarkanlah kata-kata orang miskin dan jawablah mereka dengan ramah dan lembut.
9 Selamatkanlah orang yang tertindas daripada tangan penindas mereka dan jangan takut menjalankan keadilan.
10 Jadilah seperti seorang bapa bagi yatim piatu dan bantulah para balu. Maka engkau akan menjadi seperti anak Tuhan Yang Maha Tinggi, dan dikasihi oleh-Nya lebih daripada ibumu.
11 Orang yang mencari kebijaksanaan akan dipelihara dan diagungkan olehnya.
12 Orang yang mencintai kebijaksanaan mencintai kehidupan. Barang siapa bangun pagi-pagi untuk mencarinya akan penuh sukacita.
13 Orang yang memiliki kebijaksanaan akan diluhurkan dan diberkati Tuhan ke mana sahaja mereka pergi.