1 Setiap orang harus bekerja keras dan menanggung beban berat sejak dia keluar dari rahim ibunya sehingga kembali ke pangkuan ibu pertiwi.
2-5 Kita semua, mulai daripada raja yang berpakaian kerajaan dan bermahkota serta duduk di takhta yang mulia, sehingga orang yang paling hina yang berpakaian kasar dan duduk di atas debu, takut dan cemas memikirkan hari kematian kita. Seluruh kehidupan kita terus mengalami amarah, dengki, kesusahan, kecemasan, takut mati, dendam, dan perselisihan. Bahkan waktu tidur fikiran kita diganggu mimpi buruk.
6 Sedikit masa sahaja kita rehat, atau tidak sama sekali. Waktu tidur kita seolah-olah berjaga kerana diganggu angan-angan kita. Kita bermimpi bahawa kita lari daripada musuh,
7 dan tepat pada saat kita nyaris tertangkap, kita terjaga dan hairan kerana ternyata tidak ada apa-apa yang menakutkan.
8 Inilah yang harus dihadapi setiap makhluk hidup, baik manusia mahupun binatang, dan orang yang berdosa mengalaminya tujuh kali lebih berat: