12 Sesuatu yang diperoleh dengan rasuah atau dengan cara yang tidak adil tidak akan bertahan, tetapi hasil kesetiaan akan tetap selama-lamanya.
13 Harta yang didapati dengan tidak jujur akan mengering seperti batang air, dan lewat seperti petir yang menggelegar dalam hujan.
14 Orang yang bermurah hati akan bergembira, tetapi orang yang melanggar hukum akan binasa sama sekali.
15 Keturunan anak-anak orang jahat tidak banyak; mereka seperti tanaman yang buruk akarnya kerana tumbuh di tanah yang keras,
16 atau gelagah yang tumbuh di pinggir sungai dan dicabut terlebih dahulu daripada tanaman lainnya.
17 Kebaikan hati seperti taman yang penuh berkat, dan kemurahan hati bertahan untuk selama-lamanya.
18 Hidup ini menyenangkan bagi orang yang mempunyai pekerjaan dan tidak bergantung kepada orang lain. Tetapi orang yang menemukan harta lebih beruntung daripada mereka.