15 Keturunan anak-anak orang jahat tidak banyak; mereka seperti tanaman yang buruk akarnya kerana tumbuh di tanah yang keras,
16 atau gelagah yang tumbuh di pinggir sungai dan dicabut terlebih dahulu daripada tanaman lainnya.
17 Kebaikan hati seperti taman yang penuh berkat, dan kemurahan hati bertahan untuk selama-lamanya.
18 Hidup ini menyenangkan bagi orang yang mempunyai pekerjaan dan tidak bergantung kepada orang lain. Tetapi orang yang menemukan harta lebih beruntung daripada mereka.
19 Orang mengabadikan nama melalui keturunan mereka atau dengan mendirikan kota, tetapi lebih baik mempunyai isteri yang tidak tercela.
20 Wain dan muzik meriangkan hati, tetapi lebih baik cinta kepada kebijaksanaan.
21 Seruling dan kecapi membuat lagu yang menyeronokkan, tetapi lebih baik suara yang merdu.