23 Sahabat dan kawan hanya bertemu pada saat tertentu; lebih baik ikatan suami isteri.
24 Saudara dan penolong berguna pada waktu kesusahan, tetapi lebih bermanfaat kebiasaan memberi derma.
25 Emas dan perak menjamin kehidupan, tetapi lebih berharga nasihat yang baik.
26 Kekuatan dan kekayaan menggembirakan hati, tetapi lebih baik takut kepada Tuhan. Orang yang takut kepada Tuhan tidak kekurangan apa-apa dan tidak perlu mencari bantuan lain.
27 Takut kepada Tuhan seperti taman yang penuh berkat dan memberi perlindungan yang lebih baik daripada kemuliaan apa pun.
28 Anakku, jangan hidup sebagai pengemis; lebih baik mati daripada meminta-minta.
29 Kalau makananmu ditanggung orang lain, engkau belum hidup dengan sepatutnya. Engkau mencemarkan dirimu sendiri dengan menerima makanan daripada orang lain. Orang yang berakal dan terdidik tidak mahu berbuat begitu.