7 dan tepat pada saat kita nyaris tertangkap, kita terjaga dan hairan kerana ternyata tidak ada apa-apa yang menakutkan.
8 Inilah yang harus dihadapi setiap makhluk hidup, baik manusia mahupun binatang, dan orang yang berdosa mengalaminya tujuh kali lebih berat:
9 kematian, keganasan, perselisihan, pembunuhan, bencana, kelaparan, kebinasaan, dan wabak.
10 Semua itu diciptakan untuk orang jahat. Merekalah yang menyebabkan datangnya air bah.
11 Segala sesuatu yang berasal dari bumi kembali ke bumi, seperti semua air mengalir ke laut.
12 Sesuatu yang diperoleh dengan rasuah atau dengan cara yang tidak adil tidak akan bertahan, tetapi hasil kesetiaan akan tetap selama-lamanya.
13 Harta yang didapati dengan tidak jujur akan mengering seperti batang air, dan lewat seperti petir yang menggelegar dalam hujan.