4 menggunakan takaran dan ukuran yang tepat;mendapat keuntungan, sama ada besar atau kecil;
5 mendapat untung daripada tawar-menawar dengan seorang pedagang;berulang-ulang mendisiplinkan anak-anakmu;memukul seorang hamba yang tidak setia sehingga berdarah.
6 Sebaiknya, simpanlah milikmu di tempat yang terkunci kalau isterimu tidak dapat dipercayai, atau jika terdapat banyak orang berkumpul.
7 Hitunglah dan timbanglah apa yang kausimpan di tempat lain, dan catatlah semua pemasukan dan pengeluaranmu.
8 Jangan malu untuk mengajar orang bodoh atau orang lanjut usia yang dituduh kerana hidup tidak senonoh. Maka engkau menjadi orang yang sungguh terdidik dan terpuji di hadapan setiap orang.
9 Diam-diam seorang bapa tidak dapat tidur kerana memikirkan anak perempuannya. Waktu anak itu masih muda, bapanya khuatir jangan-jangan dia tidak mendapat suami. Sesudah anak itu berkahwin, bapanya khuatir jangan-jangan dia dibenci suaminya.
10 Waktu dia masih perawan, bapanya cemas jangan-jangan dia dicemarkan dan menjadi hamil sementara masih tinggal di rumah bapanya. Sesudah dia kahwin, bapanya cemas jangan-jangan dia mandul atau tidak setia.