9 Diam-diam seorang bapa tidak dapat tidur kerana memikirkan anak perempuannya. Waktu anak itu masih muda, bapanya khuatir jangan-jangan dia tidak mendapat suami. Sesudah anak itu berkahwin, bapanya khuatir jangan-jangan dia dibenci suaminya.
10 Waktu dia masih perawan, bapanya cemas jangan-jangan dia dicemarkan dan menjadi hamil sementara masih tinggal di rumah bapanya. Sesudah dia kahwin, bapanya cemas jangan-jangan dia mandul atau tidak setia.
11 Awasilah dengan ketat anak perempuanmu yang keras kepala. Kalau tidak, engkau dijadikan bahan tertawaan musuh-musuhmu, buah bibir orang sekota, bahan ejekan orang, dan engkau ditertawakan di hadapan orang ramai.
12 Jangan pandang siapa pun kerana kecantikannya, dan jangan duduk-duduk bersama dengan perempuan,
13 kerana daripada mereka datang kejahatan, seperti ngengat dari pakaian.
14 Lebih baik seorang lelaki yang jahat daripada seorang perempuan yang pura-pura baik. Seorang perempuan mendatangkan malu dan nista.
15 Aku hendak mengenangkan karya Tuhan,apa yang kulihat akan kuwartakan;semuanya telah dijadikan oleh firman-Nya.