13 Dengan perintah Tuhan turunlah salji;kilat menyambar untuk menjalankan hukuman Tuhan.
14 Lalu terbukalah gudang-gudang di langitdan awan-awan keluar seperti burung yang berterbangan.
15 Dengan kuasa-Nya Dia menebalkan awan-awan,lalu memecahkannya menjadi hujan batu.
16-17 Oleh sebab gemuruh petirnya, bumi meringkuk kesakitan;gunung-gunung bergoncang melihat Tuhan datang.Dengan kehendak-Nya bertiuplah angin selatan,dari utara datang badai dan angin taufan.Ditebarkan-Nya salji seperti burung yang hinggap,seperti belalang yang mendarat.
18 Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.
19 Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.
20 Dia mendatangkan angin sejuk dari utara;kesejukannya membuat air membeku.Setiap kolam air menjadi bekuseolah-olah ditutupi baju besi.