18 Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.
19 Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.
20 Dia mendatangkan angin sejuk dari utara;kesejukannya membuat air membeku.Setiap kolam air menjadi bekuseolah-olah ditutupi baju besi.
21 Dia menghanguskan bukit-bukit dan padang gurun,seperti api membakar rumput.
22 Tetapi semua disegarkan kembali oleh kabut;sementara embun turun, udara menjadi sejuk.
23 Dengan kuasa-Nya Dia meneduhkan samuderadan menempatkan pulau-pulau di sana.
24 Para pelaut menceritakan bahaya di lautan;dengan hairan kita dengar akan kisah mereka.