1 Marilah kita memuji orang termasyhur,leluhur kita daripada generasi-generasi yang lampau.
2 Tuhan memberi mereka kehormatan besardan keagungan-Nya yang ada sejak awal zaman.
3 Di kalangan mereka ada yang menjadi rajayang terkenal kerana keperkasaan mereka;yang termasyhur sebagai penasihat bijaksana,dan yang mengucapkan nubuat-nubuat.
4 Mereka membimbing bangsa dengan pertimbangandan mengerti apa yang harus diajarkan kepada rakyatserta mengajar mereka dengan kata-kata bijaksana.
5 Mereka menggubah lagu-lagu merdudan menulis sajak-sajak.
6 Mereka kaya dan berkuasadan tinggal di rumah-Nya dengan tenteram.