13 Keturunan mereka berlangsung selama-lamanyadan kemasyhuran mereka tidak akan pudar.
14 Jenazah mereka dimakamkan dengan tenteramdan nama baik mereka dikenang sepanjang zaman.
15 Kebijaksanaan mereka dikisahkan oleh bangsa-bangsadan mereka dipuji-puji oleh umat.
16 Henokh menjadi teladan taubat bagi semua generasi. Dia menyenangkan hati Tuhan dan diangkat dari bumi ini.
17 Nuh seorang yang jujur dan tidak bercela. Waktu terjadi bencana besar, dia memungkinkan kelangsungan umat manusia. Kerana dia, masih ada manusia di bumi ini sesudah air bah.
18 Tuhan membuat perjanjian abadi dengannya: Segala yang hidup tidak akan dimusnahkan lagi oleh banjir.
19 Abraham menjadi nenek moyang yang termasyhur kepada banyak bangsa. Namanya harum, tidak ada tandingnya.