22 Tetapi Harun tidak mendapat tanah pusaka untuk miliknya. Tuhan sendiri menjadi bahagian warisannya.
23 Sesudah Musa dan Harun, Pinehas orang ketiga yang mulia, kerana giat mengabdi dengan bertakwa kepada Tuhan. Ketika umat Israel memberontak, dia bertahan dengan tabah dan berani, dan dengan demikian memperolehi pengampunan bagi bangsanya.
24 Maka Tuhan membuat perjanjian abadi dengan Pinehas: Pinehas akan mengetuai Rumah Tuhan dan umat-Nya, dan dia serta keturunannya akan memegang jawatan Imam Agung untuk selama-lamanya.
25 Memang Tuhan juga membuat perjanjian dengan Daud, anak Isai daripada suku Yehuda. Sedangkan takhta kerajaan diwariskan raja hanya kepada seorang anaknya, jawatan imam yang diberikan kepada Harun diwariskan kepada seluruh keturunannya.
26 Semoga Tuhan memberi kebijaksanaan kepadamu untuk menghakimi umat-Nya dengan adil, supaya mereka tetap sejahtera dan kemuliaan mereka bertahan turun-temurun.