10 Dengan demikian seluruh Israel dapat melihat betapa baiknya mentaati Tuhan.
11 Kemudian menyusul para hakim. Masing-masing terkenal kerana jasanya. Mereka tidak pernah meninggalkan Tuhan dan tidak pernah menyembah berhala. Semoga mereka selalu dikenang dengan puji-pujian.
12 Semoga semua orang yang kita hormati itu bangkit kembali dari kubur dan hidup terus dalam keturunan mereka.
13 Samuel kesayangan Tuhan. Sebagai nabi Tuhan, dia mendirikan kerajaan dan mengangkat penguasa-penguasa bagi bangsanya.
14 Dia menghakimi umat menurut Taurat Tuhan, dan Tuhan melindungi Israel.
15 Oleh sebab kesetiaannya, Samuel terbukti sebagai nabi yang sejati. Kata-katanya membuat dia dikenali sebagai pelihat yang dapat dipercayai.
16 Ketika dikepung oleh musuh dari segala penjuru, dia berseru kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan mempersembahkan korban seekor anak domba.