3 Dia memimpin perang Tuhan, dan belum pernah ada orang sekuat dia.
4 Ingatlah bagaimana dia menghentikan peredaran matahari sehingga satu hari menjadi sama dengan dua hari.
5 Waktu dia dikepung oleh musuh dari segala penjuru, dia berdoa kepada Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa. Tuhan menjawab doanya dan mendatangkan hujan batu yang dahsyat.
6 Dia menimpakannya ke atas musuh dan membinasakan mereka di genting Bet-Horon, supaya bangsa-bangsa mengetahui akan seluruh kekuatan Yosua kerana dia berperang dengan sokongan Tuhan, oleh sebab dia dengan sepenuh hati mengikuti Tuhan Yang Maha Kuasa.
7 Pada zaman Musa, Yosua bertindak dengan setia. Dia dan Kaleb anak Yefune menentang seluruh umat, menghentikan sungutan jahat mereka dan mencegah mereka daripada berbuat dosa.
8 Daripada 600,000 orang Israel yang menempuh perjalanan melalui padang gurun, hanya kedua-dua orang itu diselamatkan untuk menghantar bangsa Israel ke tanah pusaka mereka, sebuah negeri yang kaya dan subur.
9 Tuhan memberi kekuatan kepada Kaleb sehingga dia tua, maka dia dapat mendaki daerah perbukitan. Keturunannya mendapat daerah itu sebagai milik pusaka.