8 Daripada 600,000 orang Israel yang menempuh perjalanan melalui padang gurun, hanya kedua-dua orang itu diselamatkan untuk menghantar bangsa Israel ke tanah pusaka mereka, sebuah negeri yang kaya dan subur.
9 Tuhan memberi kekuatan kepada Kaleb sehingga dia tua, maka dia dapat mendaki daerah perbukitan. Keturunannya mendapat daerah itu sebagai milik pusaka.
10 Dengan demikian seluruh Israel dapat melihat betapa baiknya mentaati Tuhan.
11 Kemudian menyusul para hakim. Masing-masing terkenal kerana jasanya. Mereka tidak pernah meninggalkan Tuhan dan tidak pernah menyembah berhala. Semoga mereka selalu dikenang dengan puji-pujian.
12 Semoga semua orang yang kita hormati itu bangkit kembali dari kubur dan hidup terus dalam keturunan mereka.
13 Samuel kesayangan Tuhan. Sebagai nabi Tuhan, dia mendirikan kerajaan dan mengangkat penguasa-penguasa bagi bangsanya.
14 Dia menghakimi umat menurut Taurat Tuhan, dan Tuhan melindungi Israel.