1 Sesudah Samuel, tampillah Natan yang menjadi nabi pada masa Raja Daud.
2 Seperti bahagian berlemak daripada korban untuk memohon berkat Tuhan, iaitu korban yang dikhususkan bagi Tuhan, begitulah Raja Daud dipilih daripada kalangan orang Israel.
3 Baginda bermain-main dengan singa dan beruang seolah-olah dengan anak domba dan anak kambing.
4 Pada masa mudanya baginda membunuh seorang raksasa untuk menyelamatkan bangsanya daripada penghinaan. Kebongkakan Goliat diakhirinya dengan sebiji batu yang dilemparkan dari penghumbannya.
5 Oleh sebab doanya kepada Tuhan Yang Maha Tinggi, baginda diberi kekuatan untuk membunuh askar yang gagah itu dan mengukuhkan kekuatan bangsanya.
6 Baginda dihormati kerana telah menumpas puluhan ribu musuh. Pada waktu ditabalkan menjadi raja, baginda dipuji sebagai orang yang diberkati Tuhan.