16 Tuanku termasyhur di seluruh dunia dan dikasihi kerana membawa kedamaian.
17 Di segala negeri tuanku dikagumi kerana lagu-lagu ciptaan tuanku, peribahasa, perumpamaan, dan tafsiran tuanku.
18 Tuanku mengumpulkan perak dan emas seperti timah, kesemuanya demi nama Tuhan Allah, yang disebut Allah Israel.
19 Tetapi tuanku jatuh kerana nafsu tuanku terhadap wanita.
20 Tuanku mencemarkan nama tuanku sendiri dan nama keturunan tuanku. Oleh sebab kebodohan tuanku, mereka dimurkai Tuhan dan diseksa.
21 Kerajaan tuanku terpecah dan pemberontak-pemberontak membentuk sebuah kerajaan di Israel Utara.
22 Tetapi Tuhan selalu bermurah hati dan tidak membatalkan janji-Nya sendiri. Dia tidak membinasakan keturunan Daud, orang pilihan-Nya yang mengasihi-Nya. Oleh sebab itu Tuhan membiarkan suatu sisa daripada bangsa Israel, dan daripada keturunan Raja Daud masih ada yang hidup.