18 Tuanku mengumpulkan perak dan emas seperti timah, kesemuanya demi nama Tuhan Allah, yang disebut Allah Israel.
19 Tetapi tuanku jatuh kerana nafsu tuanku terhadap wanita.
20 Tuanku mencemarkan nama tuanku sendiri dan nama keturunan tuanku. Oleh sebab kebodohan tuanku, mereka dimurkai Tuhan dan diseksa.
21 Kerajaan tuanku terpecah dan pemberontak-pemberontak membentuk sebuah kerajaan di Israel Utara.
22 Tetapi Tuhan selalu bermurah hati dan tidak membatalkan janji-Nya sendiri. Dia tidak membinasakan keturunan Daud, orang pilihan-Nya yang mengasihi-Nya. Oleh sebab itu Tuhan membiarkan suatu sisa daripada bangsa Israel, dan daripada keturunan Raja Daud masih ada yang hidup.
23 Raja Salomo dimakamkan di makam nenek moyang baginda. Baginda meninggalkan seorang putera, iaitu Raja Rehabeam, untuk menggantikan baginda. Raja Rehabeam seorang yang dungu, paling bodoh daripada bangsa baginda. Dasar kerajaan baginda membuat rakyat memberontak.Raja Yerobeam anak Nebat yang memerintah Israel Utara, menjerumuskan rakyat ke dalam dosa.
24 Dosa mereka sangat banyak, sehingga mereka dibuang dari negeri mereka.