4 Pada masa mudanya baginda membunuh seorang raksasa untuk menyelamatkan bangsanya daripada penghinaan. Kebongkakan Goliat diakhirinya dengan sebiji batu yang dilemparkan dari penghumbannya.
5 Oleh sebab doanya kepada Tuhan Yang Maha Tinggi, baginda diberi kekuatan untuk membunuh askar yang gagah itu dan mengukuhkan kekuatan bangsanya.
6 Baginda dihormati kerana telah menumpas puluhan ribu musuh. Pada waktu ditabalkan menjadi raja, baginda dipuji sebagai orang yang diberkati Tuhan.
7 Baginda membinasakan semua musuh dan menumpaskan orang Filistin, sehingga mereka tidak berdaya untuk menggertak lagi.
8 Dalam semua perbuatan, Raja Daud memuji Tuhan yang suci dan menghormati Yang Maha Tinggi. Baginda mengasihi Pencipta baginda dan dengan sepenuh hati menyanyikan pujian bagi-Nya.
9 Baginda menempatkan pemain kecapi di depan mazbah untuk memperdengarkan lagu-lagu yang merdu.
10 Baginda menentukan hari-hari perayaan sepanjang tahun dan memeriahkan upacara-upacara itu. Sepanjang hari di Rumah Tuhan, berkumandang lagu-lagu pujian bagi Tuhan.