8 Dalam semua perbuatan, Raja Daud memuji Tuhan yang suci dan menghormati Yang Maha Tinggi. Baginda mengasihi Pencipta baginda dan dengan sepenuh hati menyanyikan pujian bagi-Nya.
9 Baginda menempatkan pemain kecapi di depan mazbah untuk memperdengarkan lagu-lagu yang merdu.
10 Baginda menentukan hari-hari perayaan sepanjang tahun dan memeriahkan upacara-upacara itu. Sepanjang hari di Rumah Tuhan, berkumandang lagu-lagu pujian bagi Tuhan.
11 Tuhan mengampunkan dosa Raja Daud dan mengukuhkan kekuasaan baginda untuk selama-lamanya. Dia membuat perjanjian dengan Raja Daud bahawa baginda dan keturunan baginda akan memerintah dengan jaya di Israel.
12 Sesudah Raja Daud, tampillah Raja Salomo puteranya yang bijaksana, dan oleh sebab jasa ayahanda baginda, baginda dapat hidup dengan tenteram.
13 Selama pemerintahan Raja Salomo tidak ada peperangan. Allah membuat segala perbatasan negeri baginda aman, sehingga Raja Salomo dapat membina Rumah Tuhan yang bertahan untuk selama-lamanya.
14 Betapa bijaksananya tuanku Raja Salomo pada masa muda tuanku! Pengertian tuanku seperti sungai yang meluap-luap.