16 Sebahagian daripada mereka melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan, sedangkan yang lain terus berdosa.
17 Raja Hizkia memperkukuh kota baginda dengan kubu dan melengkapkannya dengan bekalan air. Baginda menyuruh orang menggali sebuah terusan melalui bukit batu dengan alat-alat besi. Lalu baginda membuat kolam-kolam untuk menampung air itu.
18 Dalam masa pemerintahan baginda, kota baginda diserang oleh Raja Sanherib. Raja Sanherib mengutus Rabsyake, seorang pegawai tinggi. Utusan itu mengancam kota Yerusalem dan bertutur dengan sombongnya.
19 Orang Israel menjadi patah semangat dan gementar ketakutan. Mereka menderita seperti perempuan yang mahu bersalin.
20 Tetapi mereka berdoa dengan tangan terangkat kepada Tuhan yang penuh belas kasihan. Dari syurga, Tuhan yang suci segera mendengar doa mereka dan mengutus Nabi Yesaya untuk menyelamatkan mereka.
21 Tuhan memukul perkhemahan orang Asyur, dan malaikat-Nya melenyapkan mereka
22 kerana Raja Hizkia melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan dan berpegang teguh pada teladan Raja Daud nenek moyang baginda. Hal itu dilakukan oleh baginda sesuai dengan perintah Yesaya, nabi agung itu, dengan mempercayakan penglihatan-penglihatannya.