18 Dalam masa pemerintahan baginda, kota baginda diserang oleh Raja Sanherib. Raja Sanherib mengutus Rabsyake, seorang pegawai tinggi. Utusan itu mengancam kota Yerusalem dan bertutur dengan sombongnya.
19 Orang Israel menjadi patah semangat dan gementar ketakutan. Mereka menderita seperti perempuan yang mahu bersalin.
20 Tetapi mereka berdoa dengan tangan terangkat kepada Tuhan yang penuh belas kasihan. Dari syurga, Tuhan yang suci segera mendengar doa mereka dan mengutus Nabi Yesaya untuk menyelamatkan mereka.
21 Tuhan memukul perkhemahan orang Asyur, dan malaikat-Nya melenyapkan mereka
22 kerana Raja Hizkia melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan dan berpegang teguh pada teladan Raja Daud nenek moyang baginda. Hal itu dilakukan oleh baginda sesuai dengan perintah Yesaya, nabi agung itu, dengan mempercayakan penglihatan-penglihatannya.
23 Nabi itu membuat matahari bergerak ke belakang dan memperpanjang nyawa baginda.
24 Dia menenteramkan orang yang berkabung di Yerusalem. Dengan rohnya yang mulia dia melihat apa yang akan terjadi pada masa hadapan