21 Tuhan memukul perkhemahan orang Asyur, dan malaikat-Nya melenyapkan mereka
22 kerana Raja Hizkia melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan dan berpegang teguh pada teladan Raja Daud nenek moyang baginda. Hal itu dilakukan oleh baginda sesuai dengan perintah Yesaya, nabi agung itu, dengan mempercayakan penglihatan-penglihatannya.
23 Nabi itu membuat matahari bergerak ke belakang dan memperpanjang nyawa baginda.
24 Dia menenteramkan orang yang berkabung di Yerusalem. Dengan rohnya yang mulia dia melihat apa yang akan terjadi pada masa hadapan
25 dan meramalkan kejadian-kejadian hingga akhir zaman, serta hal-hal tersembunyi sebelum berlaku.