5 Dengan kuasa Tuhan Yang Maha Tinggi kauhidupkan kembali orang mati.
6 Engkau membinasakan raja-raja dan menjatuhkan orang ternama daripada kekuasaan mereka.
7 Di Gunung Sinai kaudengar teguran Tuhan, dan di Gunung Horeb kaudengar keputusan-Nya untuk menghukum musuh-musuh-Nya.
8 Engkau melantik seorang raja untuk menjalankan hukuman itu dan seorang nabi untuk menggantikan engkau.
9 Lalu engkau diangkat ke syurga dalam angin puyuh yang bernyala-nyala, dengan sebuah kereta kuda yang ditarik kuda berapi.
10 Dalam Alkitab tertulis bahawa engkau akan kembali pada waktu yang ditentukan untuk meredakan kemurkaan Allah, sebelum kemurkaan itu meledak. Juga tertulis bahawa engkau akan mendamaikan bapa dengan anak serta memulihkan suku-suku Israel.
11 Berbahagialah orang yang sempat melihat engkau datang, dan mereka yang telah meninggal dalam kasih, kerana pasti kita pun akan hidup.