1 Aku bersyukur kepada-Mu, ya Tuhan dan Raja,kupuji Engkau, ya Allah dan Penyelamatku.Aku bersyukur kepada-Mu
2 kerana Engkau menolong dan melindungi aku.Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian,daripada fitnah dan dusta yang mencelakakan.Di hadapan musuh-musuhkuEngkau telah menolong aku.
3 Kerana belas kasihan-Mu yang besardan demi nama-Mu, Kauselamatkan akudaripada musuh yang mahu menerkam aku,daripada tangan lawan yang mahu membunuh aku,daripada kesusahan besar yang menimpa diriku,
4 daripada mati lemas kerana api yang mencekik di sekelilingku,dari tengah api yang tidak kunyalakan,
5-6 daripada penipu dan pendusta,daripada fitnah yang disampaikan kepada raja,daripada maut yang mendekatdan dari liang kubur yang menganga.
7 Aku dikepung dari semua tempat;kucari seorang penolong, tetapi tidak mendapat seorang pun.
8 Maka aku ingat belas kasihan-Mu, ya Tuhan,dan perbuatan-Mu pada masa yang silam.Aku ingat bahawa Engkau membebaskan orangyang percaya kepada-Mu,dan menyelamatkan mereka daripada musuh.