10 Kumohon kepada-Mu, ya Bapaku,janganlah tinggalkan aku dalam kesusahanku,waktu aku tidak berdaya menghadapi musuh yang bongkak.
11 Aku mahu memuji Engkau selaludan menyanyikan lagu kesyukuran bagi-Mu,kerana Engkau telah mendengar doaku,
12 dan menyelamatkan aku daripada kebinasaanserta melepaskan aku daripada kemalangan.Maka aku bersyukur dan memuji Engkau;ya Tuhan, aku memuliakan Engkau.
13-14 Waktu aku masih muda, sebelum memulai perjalanan-perjalananku, aku pergi ke Rumah Allah dan berdoa dengan sungguh-sungguh memohon kebijaksanaan. Aku akan tetap mencarinya hingga akhir hidupku.
15 Sejak muda aku bergembira atas kebijaksanaan yang berkembang seperti buah anggur yang menjadi masak. Sejak kecil aku biarkan diriku dibimbing oleh kebijaksanaan.
16 Baru sahaja aku mula mendengarkannya, aku mendapat kebijaksanaan dan banyak pengajaran.
17 Aku terus maju dan menghormati orang yang telah memberi aku kebijaksanaan.