16 Baru sahaja aku mula mendengarkannya, aku mendapat kebijaksanaan dan banyak pengajaran.
17 Aku terus maju dan menghormati orang yang telah memberi aku kebijaksanaan.
18 Aku bertekad untuk hidup bijaksana. Dengan giat aku mencari apa yang baik, dan aku tidak kecewa.
19 Aku berjuang untuk memperoleh kebijaksanaan dan dengan cermat mentaati hukum Tuhan. Waktu berdoa, aku berasa sedih kalau menyedari bahawa aku masih kurang bijaksana.
20 Tetapi aku berkeras hati untuk memperoleh kebijaksanaan. Aku menemukannya dengan jalan menjauhkan diri daripada dosa. Sejak permulaan bersama kebijaksanaan aku memperoleh pengertian, dan kerananya aku tidak pernah ditinggalkan.
21 Oleh sebab hasratku untuk memilikinya, aku telah mendapatnya dengan berlimpah-limpah.
22 Tuhan mengganjari aku dengan memberi aku kepandaian bertutur, dan aku mahu menggunakannya untuk memuji Dia.