20 Tetapi aku berkeras hati untuk memperoleh kebijaksanaan. Aku menemukannya dengan jalan menjauhkan diri daripada dosa. Sejak permulaan bersama kebijaksanaan aku memperoleh pengertian, dan kerananya aku tidak pernah ditinggalkan.
21 Oleh sebab hasratku untuk memilikinya, aku telah mendapatnya dengan berlimpah-limpah.
22 Tuhan mengganjari aku dengan memberi aku kepandaian bertutur, dan aku mahu menggunakannya untuk memuji Dia.
23 Datanglah kepadaku, hai kamu sekalian yang belum diajar, dan belajarlah di sekolahku.
24 Mengapa kamu masih kekurangan pengajaran, padahal kamu sangat merindukannya?
25 Dengarlah kata-kataku: Tidak perlu wang untuk menjadi bijaksana,
26 asal mahu belajar dan tidak segan bersusah-susah. Kesempatan selalu ada.