25 Dengarlah kata-kataku: Tidak perlu wang untuk menjadi bijaksana,
26 asal mahu belajar dan tidak segan bersusah-susah. Kesempatan selalu ada.
27 Lihatlah sendiri; dengan berusaha sedikit sahaja, aku sudah mendapat ketenangan besar.
28 Walaupun kamu harus bersusah payah, hasil yang kamu perolehi jauh lebih banyak daripada usahamu.
29 Bergembiralah selalu kerana belas kasihan Tuhan dan jangan malu memuji-Nya.
30 Lakukanlah tugasmu sebelum habis waktunya, maka pada saat yang tepat kamu menerima upah daripada Tuhan.