4 daripada mati lemas kerana api yang mencekik di sekelilingku,dari tengah api yang tidak kunyalakan,
5-6 daripada penipu dan pendusta,daripada fitnah yang disampaikan kepada raja,daripada maut yang mendekatdan dari liang kubur yang menganga.
7 Aku dikepung dari semua tempat;kucari seorang penolong, tetapi tidak mendapat seorang pun.
8 Maka aku ingat belas kasihan-Mu, ya Tuhan,dan perbuatan-Mu pada masa yang silam.Aku ingat bahawa Engkau membebaskan orangyang percaya kepada-Mu,dan menyelamatkan mereka daripada musuh.
9 Lalu dari bumi aku memohon kepada-Mudan berdoa supaya dilepaskan daripada maut.
10 Kumohon kepada-Mu, ya Bapaku,janganlah tinggalkan aku dalam kesusahanku,waktu aku tidak berdaya menghadapi musuh yang bongkak.
11 Aku mahu memuji Engkau selaludan menyanyikan lagu kesyukuran bagi-Mu,kerana Engkau telah mendengar doaku,