1 Jangan jadi musuh apabila engkau seharusnya menjadi sahabat. Nama buruk membawa malu, sama halnya dengan orang berdosa yang suka berdusta.
2-3 Jangan biarkan dirimu dikuasai oleh nafsu, supaya nafsu itu tidak menghabiskan kekuatanmu dan masa mudamu serta menghancurkan keturunanmu, lalu meninggalkan engkau seperti pokok kering tanpa daun dan buah.
4 Begitulah caranya nafsu yang tidak dikuasai membinasakan engkau dan menjadikan engkau bahan ejekan musuh.
5 Orang yang bercakap dengan sopan dan ramah mendapat sahabat yang banyak.
6 Hiduplah damai dengan banyak orang, tetapi hanya seorang sahaja di kalangan seribu hendaknya dijadikan penasihatmu.
7 Jika engkau mahu bersahabat, jangan segera percaya kepada orang; ujilah mereka dahulu sama ada mereka setia.